Monday, June 7, 2010

BAIK DAN TERKAWAL BHG 4

Hati tergerak menulis lagi,berhadapan dengan syarikat baik dan terkawal bermacam karenah dan gaya pentadbiran yang dapat aku lihat.Ditempat baru ini organisasi aku mengupah lima syarikat baik dan terkawal untuk menjaga keselamatan harta benda kediaman mewah ini. Diantara lima syarikat ini hanya satu yang aku dapati dibayar dengan harga manusia yang baki empat lagi dengan harga monyet. Bagi aku harga monyet adalah harga dibawah RM 6.00 satu jam. Dengan harga monyet bagaimana mungkin aku mendapat atau penduduk mewah ini mendapat mutu kawalan yang baik.Bekerja penuh tanpa cuti baru mendapat imbuhan RM 1200 sebulan itupun belum ditolak candu pinjaman setiap bulan. Kalau ambil cuti,cuti sakit atau apa saja ketidakhadiran akan mengurangkan lagi jumlah gaji tersebut. Maknanya mereka ini dibayar gaji hari..ada kerja ada gaji..kemudahan tak usah ditanya..penyata gaji pun kadang dapat kadang pakai tulis tangan sahaja. Baru baru ini aku terbaca dalam surat khabar rungutan orang awam terhadap mutu kawalan pengawal keselamatan..tapi pernah tak mereka tahu dunia kehidupan pengawal keselamatan. Bekerja 12 jam menjadi rutin..16 jam biasa..24 jam adat resam kehidupan.Uniform 1 pasang tapi setiap bulan yuran uniform dipotong,EPF dipotong tapi penyata kosong tak berisi..negara sekecil Malaysia tapi syarikat baik dan terkawal sebanyak 425 syarikat yang berdaftar..ali baba? sub..? sub-sub ? Sub-sub-sub? Oleh faktor ini pak Bidin umur 60 tahun dapat bekerja..oleh faktor ini Leman gila dapat bekerja..oleh faktor ini Ludin hisap dadah dapat bekerja...hari ini isi borang kerja..malam hari sudah bertugas..baju uniform lusoh..pakai seluar jeans ketat berkasut sukan..mandi pun belum lagi..muka tidak terurus..terpacak dipintu Bank..Kilang..Sekolah..Kediaman..dibekalkan duit makan RM5.00..rokok daun sebungkus...esok lusa baru uruskan kediaman dan sebagainya..yang penting malam ini ada orang dekat POS....janji buku laporan tertulis LAPORAN KEADAAN SEMASA ADALAH DALAM KEADAAN BAIK DAN TERKAWAL.

No comments:

Post a Comment