Tuesday, January 19, 2010

BAIK DAN TERKAWAL (Bhg 2)

Alhamdulillah selepas 3 bulan bersengkang mata jawatan yang ku sandang diberikan pengesahan.Aku bersyukur kerana organisasi "BAIK DAN TERKAWAL" yang aku sertai tidak seperti organisasi "BAIK DAN TERKAWAL" yang kebanyakan.Aku bernasib baik..gaji aku dibayar dengan kiraan yang betul..KWSP dipotong tanpa ada unsur penipuan..cuti rehat 1 hari sesudah 6 hari berjerih peluh..duit gaji dibayar melalui bank..ada perlindungan SOCSO..ada insurans..dengan kata lain memang organisasi ini BAIK DAN TERKAWAL.
Aku bersama 3 lagi rakan seperjuangan telah terpilih untuk mengikuti satu kursus yang akan menjadikan aku seorang yang benar-benar anggota BAIK DAN TERKAWAL.Syukur didalam kursus ini aku telah berjaya menjadi penuntut keseluruhan terbaik dari 89 penuntut dari berbagai organisasi BAIK DAN TERKAWAL yan lain.Mulai saat ini namaku masyur didalam organisasi yang aku sertai.Dalam masa 6 bulan uniform yang ku pakai telah berubah..Dari coklat telah bertukar biru..dari kerja malam telah bertukar kerja siang..dari kerja dicawangan telah ditukarkan ke ibu pejabat(HQ)..gaji juga telah dibuat pelarasan sebanyak 2kali dalam masa 6 bulan.Di HQ aku telah diberi peranan untuk melatih semua anggota baru yang berminat menyertai organisasi BAIK DAN TERKAWAL yang aku sertai.Anak serta isteri mulai merasa nikmat rezeki yang diberikan NYA.Ekonomi ku mulai stabil..aku dapat menyimpan walaupun berdikit..dalam suasana yang bahagia ini isteri ku pula ditawarkan kerja.Aku berpindah ke sebuah negeri yang mana aku dan isteri mudah dalam rutin berkerja.Anak anak setia mengekori kemana haluan yang ku bawa.Mungkin ada sinar baru dalam penghijrahan ini.Kehidupan ini aku jadikan medan aku menguji jiwa..benarkah aku boleh berjaya jika jiwa aku begini..atau jatuhkah aku jika berjiwa begitu..aku akan menyusurinya..aku tak kan gentar.(Bersambung)

Monday, January 18, 2010

BAIK DAN TERKAWAL ( Bhg 1)

Perkataan BAIK DAN TERKAWAL mula aku dengar dan sering aku dengar lewat Jun 2006. Aku mula berkawan rapat dengan kalimah ini apabila aku terjerut dalam satu situasi yang hampir memusnahkan keluarga kecil ku.Tidak pernah terlintas dalam pemikiran aku untuk bergelumangan dalam organisasi yang amat mementingkan kalimah ini.Apakan daya anak ku lagi penting dari segalanya,isteri ku lagi penting dari segala yang berharga di dunia ini. Bermula dengan upah RM 700 aku menghayun langkah menjadi salah seorang ahli keluarga yang amat sinonim dengan bait BAIK DAN TERKAWAL.
Terasa seronok apabila mendapat upah yang pertama,aku bawa keluarga kecil ku menikmati makanan enak dipinggir kota.Walaupun tika itu aku sedang bertugas.Menitis airmata ku bila anak lelaki sulungku berkata"wah babah nie macam Polis lah".Apalah yang dapat difikirkan sikecil kalau bukan gembira dibawa berjalan atau makan makanan yang disukai atau disuakan dengan alat permainan.Mustahil dia dapat berfikir betapa malunya jiwa si ayah hanya kerjaya ini yang dapat dipangku,kerjaya ini yang dapat disandang,kerjaya ini yang dapat ditonjolkan kepada isteri,emak,ayah,mertua..lebih sayu jika kerjaya ini yang akan disuakan pada sikecil ini bila dia dewasa nanti..ah..persetankan itu semua..yang penting isteri dan anak ku masih bersama aku..mereka kekuatan aku,mereka nyawa aku..aku yakin suatu hari takdir ini akan berubah jika aku rajin bersua dengan NYA.....(Bersambung)