Monday, September 6, 2010

PENGAWAL KESELAMATAN

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya...kepada Ilahi kupanjatkan doa dan berserah semoga bersua lagi ditahun hadapan. Aidilfitri ini aku tidak bercuti menyambutnya...aku bertugas. Semua kelengkapan asas anak anak dan isteri telah kubereskan seminggu sebelum berpuasa. Itu memang habitat aku. Tak suka bersesak ketika membeli sesuatu. Sabar ku agak terbatas bila berhadapan suasana yang hingar bingar dan penuh sesak. Dulu tidak perduli tapi umur yang matang membuatkan aku benci dengan keriuhan yang tak tentu pasal. Aku suka ketenangan dan keselesaan.

Satu persatu ku hidu telatah pengawal pengawal yang berada dibawah seliaan ku ketika ramadhan ini...99.9% tidak berpuasa. Amat payah bertemu dengan pengawal keselamatan yang mengambil berat perkara wajib,halal dan haram. Payah sangat payah. Aku berfikiran positif..kerana tugas mereka kah yang menyebabkan mereka gagal dalam menunaikan tuntutan agama atau sifat mereka sendiri yang acuh tak acuh untuk mendapat keberkatan hidup ini. Satu kesimpulan yang boleh aku hamburkan..kehidupan yang dilalui mereka ini tidak seronok. Tidak bahagia. Tidak gembira. 30 hari bekerja tanpa cuti. 12 atau 16 atau 24 jam dihabiskan ditempat kerja tanpa ada keceriaan lain kecuali bait terkenal KEAADAN BAIK DAN TERKAWAL. Aku dapat merasakan kebosanannya.

Persiapan Hari Raya tak perlu ditanya...makan mereka bergantung pada pinjaman. Macam mana isteri dan anak anaknya? Kadang kala aku merintih jiwa sendiri...kamu susah tapi apa yang aku lihat kamu amat jauh dari tuhan mu..kenapa? Adakah kesusahan ini yang membuatkan kamu jauh dari tuhan mu? Sepatutnya mohonlah..pintalah..merayulah dari yang maha Esa..kerana tidak ada daya lain yang boleh kamu lakukan...dimana silapnya? Aku seringkali berangan supaya bidang keselamatan ini akan berubah. Imej yang baik..gaji yang menarik dan sesuai dengan sosio ekonomi semasa. Waktu kerja yang fleksibel dan tidak menafikan LIVE LEARN WORK PLAY AND PRAY. Tapi bila kah ?