Monday, June 7, 2010

AKU PENGAWAL KESELAMATAN (BHG 1)

Baru sebentar tadi aku bertemu dengan seoarng pengawal di bawah selianku,dia mengeluh upahnya untuk bulan Mei belum diterima.Aku menoleh jam tanganku, 8 Jun 2010 tarikh yang tertera. Riak mukanya amat tertekan. Yang aku tahu dia sudah berkeluarga, isterinya suri rumah sepenuh masa menjaga seorang puteri dan seorang putera pemberian istemewa yang maha Esa. Menyewa rumah papan di Pekan Meru RM 300 sebulan. Ada motosikal yang dibeli secara hutang untuk kemudahan ulang alik bekerja. Tahun hadapan putera yang sulung akan menjengah ke alam persekolahan, Tahun satu..pra sekolahnya telah diabaikan..puncanya..tidak lain tidak bukan..RM. "Gaji bulan ni anggaran berapa dapat" seloroh ku? "Lebih sikit Cik,21 hari saya kerja 16 jam,dalam seribu setengah boleh dapat cik..tapi tu belum tolak advance lagilah cik"..jawabnya tersipu malu. "Pinjaman ambil berapa hari tu" soal ku lagi. Lama baru dia menjawab "Dah tiga kali ambil cik..jumlah semua enam ratus kot"..hari tu anak demam..dekat seratus habis cik..tambang teksi je dekat tiga puluh cik..nie yang kecik pulak demam nie cik..serabut betul la cik..gaji pulak tak dapat lagi ni"jawabnya sambil menundukan wajah sayunya. Aku berlalu pergi..tak sanggup aku mendengarnya lagi. Aku pernah berjumpa dengan tuan punya syarikat tempat si bapa tadi bekerja. Pakai BMW 7 siries..isterinya cantik putih melepak..anak anaknya semua cakap orang putih. Terdetik hatiku betapa jauh jurang kehidupan ini. Dimanakah silapnya..sibapa tadikah memang bernasib malang atau si tokehnya tadikah yang pandai mengambil kesempatan..? Aku teringat tulisan Hishamudin Rais..Rukun Iman sangpemodal yang pertama "Cari UNTUNG selagi BOLEH".Betul juga... peduli apa pada sibapa..nak kerja..kerja, tak nak berenti...bersepah orang lain. Yang penting poket aku masyukkkkk...

No comments:

Post a Comment