Monday, June 14, 2010

AKU PENGAWAL KESELAMATAN BHG 2

GAJI BARU DITANGGUH...Kenaikan upah pengawal keselamatan yang di jadual Julai belum dapat dilaksanakan...berdesit kerongkong Pak Mail membaca laporan akbar hari ini..pelahan ia meneguk air liurnya yang terasa payau.."kenapa tak jadi nie" bentak hatinya.Fikiranya ligat berputar.Sewa rumah papanya RM 300 sebulan,hutang motorsikalnya RM 150 sebulan,belanja dapur,anak sekolah..meminjam lagi nampaknya aku bulan nie"hatinya berkecamok.

Kenapa tak jadi?????Kata Presiden Persatuan Kawalan Keselamatan (PPKKM) ianya untuk mengelakan 300 syarikat bumiputera dari gulung tikar.Dengan kata lain pengawal mati kebulur tak pa..tapi cukong cukong ini mesti diselamatkan dulu. Soalan aku yang pertama : Tuan Presiden ada memiliki berapa syarikat kawalan keselamatan? A) 1 B) 2 C) 3 D) Lebih dari 3.
Soalan Kedua: Apakah pernah wakil PPKKM membuat lawatan tapak atau melawat pengawal pengawal yang sedang bertugas? A) TIDAK PERNAH B) SEKALI SEKALA (kalau ada KES)
Soalan Ketiga : Apa tujuan sebenar PPKKM ini ditubuhkan? A) TEMPOLOK SENDIRI B) KAUM KERABAT.

Macam mana nak jadi???? Mudah sahaja...Kerajaan keluarkan satu harga minima untuk mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan..buat harga syiling..kalau ayam sekilo boleh diminimakan kenapa dalam hal ini gaji yang nak diminimakan..KKDN keluarkan satu arahan pekeliling mana mana syarikat kawalan yang berdaftar mestilah mengikut harga yang telah ditetapkan kerajaan.Pelangan terpaksa mengikut harga pasaran sekiranya semua syarikat mematuhi peraturan ini. Kalau harga ini dapat ditetapkan dengan kadar yang sesuai dengan aliran ekonomi sekarang..amat pasti taraf hidup pengawal akan berubah dan sektor keselamtan ini tidak lagi menjadi pilihan terakhir si pencari kerja. Gaji pengawal bergantung pada nilai yang dibayar pelangan..pelangan mestilah memilih yang murah..syarikat kawalan seperti yang sudah maklum menimbun macam sampah..kau tak nak 4 ringgit..orang tu nak..raja security boleh bagi 3 ringgit sejam..mahmud security 2.5 boleh dapat..aku tak heran..janji ada orang terpacak depan kilang,bank,rumah aku..INI LUMRAH PELANGAN..jadi harga ini yang mesti ditetapkan..jangan cerita kos lain..yang penting NILAI UPAH INI DITETAPKAN DULU....

No comments:

Post a Comment