Saturday, December 10, 2011

RINDU BERTANDANG 2

Perut terisi...coretan disambung...tapi santainya aku masih di dalam tugas. Rakan setugas yang bercuti membuatkan aku hilang peluang bersama anak dan isteri. Hari berganti minggu..minggu berganti bulan..bulan berganti tahun...perimeter kehidupan pengawal tidak banyak berubah....6 tahun aku bergelumang...masih sedikit perubahanya. Barangkali tidak sampai 1%. Kebanjiran warga asing lebih memburukan keadaan. Gurkha memonopoli bidang ini. Sambutan agak meriah...banyak komen..luahan yang aku dengar dari pengguna...Nepalis agak jujur bekerja...tetapi gaji yang diterima tidak banyak beza. Cuma mereka beruntung kerana tempat tinggal,pengangkutan ketempat kerja telah disediakan. Penjimatan ini membolehkan..mereka menghantar hampir RM1000 sebulan untuk keluarga. Permintaan yang tinggi terhadap GURKHA sebenarnya membawa khabar yang buruk pada pengawal lokal. Banyak majikan lebih suka mengaji pengawal asing kerana murah...dan amat mudah di kawal. Pengawal Nepal amat terkenal dengan displin kedatangan kerja yang tinggi berbanding pengawal lokal yang tidak habis dengan MC nya. Pengawal lokal banyak kehadirannya dari negeri yang agak jumud kemodennya. Paling laris sekarang dari negeri bawah bayu. Tetapi selalunya mereka ini hanya menjadikan tugas pengawal sebagai satu batu loncatan untuk hadir ke Semenanjung ini. apabila cukup modal mereka akan berhijrah. Ini realiti. Faktor penyediaan Hostel, Van Pengangkutan, Duit Pinjaman Awal adalah faktor yang menjadikan Syarikat Keselamatan menjadi pilihan pertama untuk bertapak disesuatu tempat. Pergilah kemana sahaja...kalau kehabisan modal...pergi interview jadi pengawal...sudah pasti yang aku surahkan diatas menjadi milik anda. Imej Pengawal masih belum berubah. SENANG DAPAT MUDAH DI TINGGALKAN. Aku selalu bertanya...kenapa ya..bujang dan segak tapi nak jadi security?...aku pelik. tapi rata rata yang aku temui..mereka adalah pemalas tegar...pemalas fikir...pemalas berusaha...Tiga aset utama mereka: TIADA LESEN MEMANDU WALAUPUN B2, PEROKOK JENAMA HARAM YANG TEGAR DAN TERAKHIR SANGAT JAUH DARIPADA YANG ESA. khalas...tamat..adios...muktamad...

No comments:

Post a Comment