Sunday, December 11, 2011

MAKANAN SEGERA

MAGGIE....jenama popular bagi satu produk makanan segera yang amat sinonim dengan pengawal keselamatan. Terbaru MEE SEDAP..tapi aku lebih mudah memanggilnya MAGGIE...kuasa apabila sudah di BRAND NAME kan...dari pemerhatian boleh di katakan 99.9% anggota pengawal adalah penagih tegar Maggie...lokal...nepal..bangladesh..pakistan..tidak terkecuali aku. Pergilah dimana sahaja yang terdapat Pos pengawal...cuba selongkar tong sampah didalamnya...pasti kalian akan bertemu plastik pembungkus makan segera ini. Aku akur..faktor mudah..murah....cepat... adalah faktor utama..pengawal menjadikanya hidangan istemewa. Tidak kira apa situasinya. Pagi...tengahari..petang...lewat malam...haruman maggie pasti berkumandang. Lebih mengiurkan apabila hujan mencurah dan pengawal terkepong di dalam POS. perut berkeroncong menjerit minta diisi...pasti diolog ini akan kedengaran"sape ada maggie,mintak satu". Pergi dimana sahaja yang ada pengawal keselamatan..stok maggie jarang tidak ada. Sekiranya terdapat ramai Pengawal disatu tempat itu..mustahil tidak ada seorang Pengedar atau tokan maggie yang meraih untung dari keghairahan menjamah maggie tersebut. Pernah aku lihat seorang tokan(selalunya dikalangan pengawal juga) memberikan perkhidmatan buku 555 untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ini amat dirindui pengawal walaupun kadang kala harganya melonjak sekali ganda. Perniagaan kecil ini di sampingkan sekali dengan produk lain..rokok dan minuman 3 in 1. Pernah juga aku terfikir kenapa aku tidak menjadi tokan kepada mereka ini? Modal aku agak lebih besar dari mereka...agak mudah untuk menawarkan yang terbaik untuk mereka..tetapi bila direnung sejenak...cita cita berniaga itu hilang apabila berhadapan dengan pelanggan pelanggan yang amat aku kenali situasi hidupnya...aku tidak mahu mengambil kesempatan...... mungkin agak sombong tapi itu adalah hakikatnya. Yang pasti aku juga cukup berselera dengan makanan ini...mungkin sudah di takdirkan..kalau jaga tetap jaga...walaupun KFC mampu di beli...selera tetap pada yang satu...ohhhh MAGGIE...

No comments:

Post a Comment