Monday, January 2, 2012

DUARIBUDUABELAS

Aku bertugas ketika detik jam 0000 tahun 2012 menjelma. Meminggirkan diri di tepi jalan raya yang agak tinggi kedudukanya dan masih lagi dalam perimeter yang aku ditugaskan untuk menjaganya. Sebatang rokok dan setin minuman baru ALICAFE menjadi peneman sambil jauh merenung kerdipan lampu dan percikan bunga api diawangan langit pekat. Baru sebentar tadi aku melihat kelibat kumpulan remaja berbasikal melintasi hamparan jalan yang agak sibuk dengan pelbagai kenderaan. Mereka menjerit dalam bahasa muda yang aku sendiri tidak memahami maksudnya. Ahhhh...aku semakin tua..fikiran aku..gaya aku..malah yang lebih utama JIWA ku semakin tua. Ya...semakin tua. Seingat aku...sepuluh tahun yang lalu...saat ini pastinya aku juga berpeleseran seperti mereka mencari keseronokan yang aku sendiri tidak faham dimana nikmatnya. Tetapi kini di usia menghampiri angka 40 an....aku amat mencari ketenangan. Kadangkala amat suka bersendirian....kerana bila bersendiri aku lebih mudah berbicara dengan jiwa tua ku. Tahun baru yang gegak gempita disambut oleh majoriti umat dunia ini tidak banyak bezanya walaupun berlainan bangsanya..agamanya..lokasinya..geografinya..yang pasti menghitung detik 10 saat terakhir itu adalah klimaks yang amat mengujakan. Jiwa tua ku pantas memberi hukuman....BODOH....untuk apa? Walaupun sepuluh tahun yang dulu aku pernah bersama. 9...8...7...6...5...4...3...2...1.....yeah...yeah..Happy New Year..cuba perhatikan selepas berjeruk mengira..... apa yang mereka dapat...seronok ke? Renungkan....betul ke ada nikmatnya? Kerongkong ku perit di himpit kelikatan nakotin rokok dunhill yang masih setia bersama ku. Ku teguk ALICAFE kelat bergula untuk meredakanya. Memang.....sahih.... aku dah TUA....SELAMAT TINGGAL MUDA.

No comments:

Post a Comment